Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah tuhan masih memberi ruang dan peluang untuk sy bernafas di dalam jasad pinjaman-Nya. Keputusan peperiksaan akhir dah keluar. Alhamdulillah semua lulus dengan jaya. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk menamatkan hidup sebagai seorang pelajar. Rasa yang pelbagai, gembira, bdebar2, dan segala mcm perasaan.
2 minggu berada dikampung banyak yang dialami. Melihat adik2ku yang dah dewasa semuanya. Huh dah tua rupanya den.
Topic entry kali ni ialah HARTA.
Sebelum ni ak hny membaca kisah2 dalam buku dan melihat di televisyen tentang bagaimana manusia yang begitu mementingkan harta sehingga sanggup lakukan apa saja deminya. Tapi kali ni ak lihat situasi itu didepan mata kepalaku sndiri. Bagaimana sebuah institusi keluarga menjadi pincang kerana HARTA. Begitu hebat kuasa harta dunia sehingga boleh menjadikan seorang isteri contohnya, tidak keterlaluan sekiranya dikata derhaka. Kerana membuka aib suami dan memperlekehkan suami sendiri dihadapan orang lain. Bukankan tanggungjawab seorang isteri itu menjaga aib suaminya walau dalam keadaan apa sekalipun? Ya. Betul aku belum merasai perasaan menjadi seorang isteri kepada seorang suami tetapi secara teorinya dah tahu sikit2. Entah…xtahu apa yang sebenarnya berada dalam mentality mereka. Apa yang ak rasakan selepas melihat perkara ni, 1 je yg terfikir. Ak perlu bekerja keras untuk mendapatkan semua keperluan. Tak boleh bergntung kepada orang lain. Ya. Hari ni mereka boleh berkata mereka mahu membantu selagi boleh, tapi 1 hari percaya atau tidak, segala bantuan yang dihulurkan akn diungkit dan dicanang. Sebelum semua itu terjadi, berusaha untuk berdiri atas kaki sendiri dan berhiduplah secara bsederhana dalam segala hal.
No comments:
Post a Comment